Syarahan Prof. M. Umemoto daripada Toyohashi Institute of Technology, Jepun telah diadakan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, USM Transkrian pada 31 Januari 2011. Prof. Umemoto telah menyampaikan syarahan bertajuk 'Nanostructure formation by surface and bulk severe plastic deformation'. Turut hadir di sesi syarahan ini adalah Prof. Dr. Shamsul Baharin Jamaludin dan Dr. Mazlee Mohd Noor daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, UniMAP.
Antara slide syarahan yang disampaikan.
Penerangan berkenaan mekanisme 'ball milling'.
Sesi bergambar 1 selepas syarahan: dari kanan: Prof. Dr. Shamsul Baharin Jamaludin, Prof. Dr. Radzali Othman (USM) aka RO, Prof. Umemoto dan Dr. Mazlee Mohd Noor.
Sesi bergambar 2 selepas syarahan.
Prof. Dr. Shamsul bersama rakan kerja lama di USM, En. Ahmad Badri (tengah) dan En. Mokhtar.
Kenangan mengusik jiwa 2 sahabat lama.
Sesi perbincangan informal sambil makan selepas syarahan.
Perbincangan masih rancak berlangsung.
Makan tengahari di Hotel Damai, Parit Buntar.
Perbincangan diteruskan selepas makan tengahari.